Sunday, January 2, 2011

FURIZAT BANGKIT SELEPAS JATUH TERDUDUK


Kira-kira 12 tahun lalu, wanita ini pernah menangis kerana perniagaan yang diusahakan terpaksa ditutup akibat kegawatan ekonomi.

Beliau hampir putus asa apabila syarikatnya yang membekalkan ubat-ubatan kepada kerajaan mengalami kerugian RM4 juta selepas kontraknya dibatalkan.

Furizat Yahya yang berasal daripada Ipoh, Perak, berkata, beliau betul-betul 'jatuh terduduk' ketika itu sehingga hilang selera makan dan sungguh kecewa dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, Furizat yang mempunyai kepakaran di bidang ubat-ubatan dan farmasi kembali bangkit untuk meneruskan perniagaan atas dorongan suami dan sanak saudaranya.

''Salah seorang saudara memujuk saya supaya jangan berputus harap tetapi bangkit semula.

"Jadi, saya terfikir untuk terlibat dalam bidang perniagaan yang sama, tetapi dalam bidang naturopathy (ubatan berasaskan bahan semulajadi dan tradisional),'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Furizat berkata, selepas perniagaannya jatuh bangkrap, beliau terfikir untuk bangun semula dan mencipta ubat-ubatan tradisional yang boleh dimajukan serta memberi faedah kepada masyarakat di negara ini.

Sekitar hujung tahun 1990-an, Dimesoft Sdn. Bhd. (Dimesoft) berjaya ditubuhkan oleh Furizat dengan modal kerja sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 iaitu hasil wang saku sendiri.

Dalam tempoh permulaan, beliau terfikir untuk menggunakan rempah ratus dan kekacang sebagai bahan ubat-ubatan semulajadi yang baru diusahakannya.

''Kekacang dan rempah ratus tempatan mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.

''Saya terlibat menyediakan ubat- ubatan berkenaan secara manual. Malah, saya menggunakan lesung tumbuk untuk menghasilkan ubat- ubatan sambil menitis air mata mengenangkan perit jerih yang terpaksa dilalui untuk meneruskan perniagaan.

''Farmasi adalah satu-satunya tempat bereksperimen pada waktu itu bagi menghasilkan ubat-ubatan tersebut,'' kata Furizat.

Beliau kini mempunyai perniagaan farmasi yang menjual ubat-ubatan buatan barat dan tempatan yang dinamakan di AK Pharmacy and Naturopathy, Puchong dekat sini.

Furizat juga mempunyai pusat farmasi dan naturopati di Johor dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, beliau tidak melakukan perniagaan itu secara bersendirian tetapi sebaliknya turut mendapatkan khidmat pakar, Prof. Dr. Ananthan Krishnan yang juga pengasas bersama syarikat dan rakan niaganya.

Menurut Furizat, beliau dan Ananthan turut membuat perbandingan kelebihan antara ubat buatan negara barat dan tempatan.

Pada waktu itu iaitu pada tahun 1997, beliau dan Ananthan menjalankan testimoni ubat-ubatan tersebut kepada 100 orang yang menghidap pelbagai penyakit.

Dari situ, pihaknya melihat hasil yang memberangsangkan dan ia dilihat dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

"Kami menunggu selama tujuh hingga lapan tahun untuk mendapatkan kelulusan produk daripada Kementerian Kesihatan sehinggalah pada 2005, produk-produk tersebut mendapat kebenaran dan diberi nama Mas Ayu,'' ujarnya.

Rezeki dan kejayaan yang dikecapi Furizat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Dimesoft pada waktu ini bukan datang bergolek, tetapi penuh dengan ranjau yang berduri.

Ini terbukti melalui pengalaman beliau dalam meyakinkan orang ramai terhadap produk-produk yang dihasilkannya.

Selain meletakkan ubat-ubatan semulajadi di rak farmasi miliknya, Furizat turut sendiri 'turun padang' dan memasarkan produknya secara jualan langsung dari rumah ke rumah.

"Bermula dari situ, produk saya semakin popular hasil promosi secara mulut ke mulut selain ramai pengguna sembuh dan beransur pulih dari penyakit yang dihidapi,'' katanya.

Kini, Dimesoft berjaya menghasilkan 18 produk kesihatan di bawah jenama Mas Ayu dengan kekuatan lebih 400 stokis.

Sekarang, produk kesihatannya mendapat pengiktirafan daripada Institut Penyelidikan Kesihatan Pihak Berkuasa Kanada dan Nigeria.

Malah, kerajaan Nigeria telah memberi kebenaran untuk produk Mas Ayu menembusi pasaran negara itu dan juga menjadi pintu masuk pasaran negara-negara Afrika.

"Kami menyasarkan sebanyak 200,000 botol produk Mas Ayu dapat dieksport ke Nigeria untuk tahun pertama,'' katanya.

Biarpun mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa asing malangnya pengiktirafan yang sewajarnya tidak diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Furizat kesal kerana Kementerian Kesihatan hanya meluluskan produk Mas Ayu tetapi tidak mengiktiraf produk-produk tempatan seperti jenama Mas Ayu sebagai penawar penyakit yang berbahaya itu.

''Saya juga kecewa terhadap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kerana memandang rendah keupayaan produk tempatan seperti Mas Ayu,'' dakwa beliau.

Furizat berkata, pihaknya kini mampu merawat banyak penyakit kronik termasuk penyakit kurang daya tahan (HIV) selain denggi dan buah pinggang.

Setakat ini, lebih 50,000 pesakit HIV tempatan telah diberi rawatan dengan menggunakan produk-produk Mas Ayu di seluruh negara, kata beliau.

Beliau berkata, kajiannya mendapati semua pesakit HIV yang mendapatkan rawatan produk syarikat mampu meningkatkan tahap daya pelalian dan menikmati kehidupan yang kembali normal.

Furizat berkata: ''Kami pernah merawat seorang kanak-kanak di Pahang yang merupakan penghidap HIV selain berpuluh ribu pesakit dewasa.

No comments:

Post a Comment