Tuesday, January 18, 2011

SAHAM POS MALAYSIA DIBUKA UNTUK DIBIDA


Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) akan memulakan fasa kedua proses melupuskan kepentingannya dalam Pos Malaysia pada minggu ini.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, mana-mana pihak kini terbuka untuk membida Pos Malaysia bagi memiliki 32 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

''Dalam fasa pertama yang mengambil masa sembilan bulan, kita telah berjaya menyelesaikan isu-isu perundangan yang membabitkan isu gaji dan kesatuan pekerja.

''Meskipun bukan semua telah dimuktamadkan tetapi Khazanah sudah bersedia ke peringkat seterusnya,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan Kajian Tahunan Khazanah 2011 di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai proses fasa kedua tersebut.

Ditanya mengenai penjualan PLUS Expressways Bhd. (PLUS), Azman berkata, sebagai sebuah syarikat strategik negara, syarikat konsesi lebuh raya itu perlu berada di tangan sebuah entiti amanah.

Beliau menyifatkan pakatan UEM Group Bhd. (UEM) dan Kumpulan Wang Simpanan

No comments:

Post a Comment