Saturday, July 31, 2010

UNDANG UNDANG BANKRAP DIPINDA


Pembaharuan undang-undang kebankrapan di negara ini antara lain bakal menyaksikan pihak pemiutang tidak boleh lagi sewenang-wenangnya memfailkan petisyen kebankrapan terhadap penghutang sebelum beberapa langkah perundingan dibuktikan kepada mahkamah.

Cadangan itu antara usaha mengurangkan mereka yang muflis dan menambahbaik pengurusan kes. Pada masa sama, Jabatan Insolvensi (MdI) juga mahu menjadikan kegagalan mereka yang diisytiharkan bankrap memfailkan Penyata Hal Ehwal (PHE) dengan jabatan berkenaan dalam tempoh 21 hari selepas menerima perintah itu sebagai satu kesalahan.
Mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman khusus berbanding hanya tuduhan menghina mahkamah pada masa ini mengikut Seksyen 16 (3) Akta Kebankrapan 1967.

Timbalan Ketua Pengarah MdI, Haini Hassan, berkata cadangan berkenaan akan membolehkan isu kebankrapan diuruskan dengan lebih berkesan sama ada oleh pemiutang atau jabatan, selain berupaya mengurangkan kadar kebankrapan di negara ini.

Beliau berkata penambahbaikan undang-undang kebankrapan juga bakal menyaksikan Akta Syarikat 1965 `disatukan’ dengan Akta Kebankrapan 1967 untuk memudahkan pengurusan kes kebankrapan dan penggulungan syarikat yang dikendalikan oleh jabatan itu.

"Kita tidak mahu pemiutang mudah memufliskan penghutang tanpa perlu membuktikan langkah yang diambil untuk mendapatkan semula hutang di luar mahkamah. Ada cadangan tempoh dua atau tiga tahun diberikan kepada pemiutang untuk mendapatkan semula hutangnya sebelum memfailkan petisyen bankrap terhadap penghutang," katanya.
Katanya, mengikut cadangan itu, pemiutang perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa langkah awal sudah dilakukan untuk menuntut semula hutang sebelum petisyen bankrap dikemukakan terhadap penghutang.

Selain itu, beliau berkata, cadangan pindaan terhadap Seksyen 16 (3) pula bagi memastikan pengurusan kes kebankrapan dengan lebih baik memandangkan lebih 60 peratus atau 131,136 dari 218,561 kes bankrap sehingga Jun lalu tidak memfailkan PHE dengan MdI.

“Justeru dicadangkan supaya kegagalan memfailkan PHE dijadikan satu kesalahan yang mempunyai hukuman khusus berbanding hanya menghina mahkamah pada masa ini," katanya
sambil menambah semua perkara itu masih pada peringkat cadangan sebelum diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Mengikut rekod, Selangor mencatatkan kes bankrap tertinggi sehingga Jun lalu iaitu 46,251 diikuti Wilayah Persekutuan, 39,867 dan Johor, 26,118 kes.

Majoriti mereka yang muflis di negara ini berusia antara 35 hingga 44 tahun diikuti antara 45 hingga 54 tahun.

Sehingga Jun lalu, 8,953 kes bankrap kerana pinjaman perniagaan direkodkan oleh MdI.

Thursday, July 29, 2010

HAB HALAL MELAKA SASAR RM155 JUTA


Kerajaan Melaka menyasarkan pelaburan RM155 juta di Hab Halal Melaka, Serkam di sini, menjelang akhir tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata setakat hari ini, Hab Halal Melaka yang dibina di atas tanah seluas 53.6 hektar, telah memperolehi pelaburan RM125 juta.

"Kita berharap untuk memperolehi lebih banyak lagi pelaburan dari pelabur asing khususnya dari Arab Saudi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang Kewpie Malaysia Sdn Bhd di Hab Halal Melaka di Serkam.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Duta Jepun Ke Malaysia Horie Masahiko.

Mohd Ali berkata 48 daripada 58 kilang yang dibina di Hab Halal Melaka telah dimiliki oleh usahawan.

Beliau berkata Hab halal Melaka menyediakan 732 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang berpeluang mempelajari teknologi yang dibawa pelabur tersebut.

Katanya kerajaan negeri bercadang membangunkan Fasa 2 Hab Halal Melaka di bawah Rancangan Malaysia ke-sepuluh yang melibatkan kos RM50 juta.

Cadangan itu melibatkan pembangunan tanah seluas 5.6 hektar dengan pembinaan 65 unit kilang dan lapan lot tanah kosong untuk pelabur mendirikan sendiri kilang di kawasan itu, katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kewpie Malaysia Sdn. Bhd. (KPM), Asada Daisaburo berkata syarikat pembuat pelbagai produk mayonis dari Jepun itu telah melabur RM34 juta untuk membangunkan kilangnya di Hab Halal Melaka.

Beliau berkata kilang yang akan mula beroperasi pada bulan depan itu mampu mengeluarkan 200 tan produk mayonis dalam tempoh sebulan.

KPM mensasarkan untuk memperolehi jumlah jualan kira-kira RM66.7 juta menjelang tahun kewangan berakhir 2015 dan akan bergerak aktif memasarkan produknya sepenuhnya menjelang tempoh yang sama, katanya melalui seorang penterjemah.

Katanya produk mayonis dari Jepun itu mula diimport ke Malaysia sejak 20 tahun lalu dan dengan permintaan yang menggalakan, KPM pada Ogos 2007 mula merancang untuk menghasilkan mayonis di Malaysia setelah mendapat maklum balas yang amat positif dalam satu pameran makanan di Kuala Lumpur City Center (KLCC) ketika itu.

-- BERNAMA


FORUM USAHAWAN TARIK 60 USAHAWAN ASIA


Forum Keusahawanan Nasional, Keusahawanan Hijau 2010, anjuran Enterprise Asia menarik lebih 60 usahawan utama dari perbadanan di Malaysia dan Asia.

Dalam satu kenyataan di sini pada Khamis, Enterprise Asia berkata forum itu memberi fokus pada peluang perniagaan alternatif yang terdapat di Malaysia dan menitikberatkan bagaimana perniagaan boleh menjana keuntungan sambil bertanggung jawab terhadap alam sekitar.

"Menerusi forum itu, kami berharap untuk mewujudkan satu platform di mana para usahawan tempatan boleh berkongsi amalan terbaik, menjalin jaringan dan mewujudkan peluang penerokaan baharu bagi kebaikan pertumbuhan industri ini," kata Presiden Enterprise Asia William Ng.

Forum Keusahawanan Nasional itu, yang bermula hari ini, dianjurkan sempena Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik dan Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia untuk menghargai usaha para usahawan utama Malaysia.

Antara penceramah forum ialah Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petra Datuk Vinod Sekhar, Dr Geoffrey Williams (Pengerusi Majlis Alam Sekitar Asia), Matthias Gelber (CEO OWW Consulting) dan Chad Merchant (Pengarah Eksekutif Premium Liquid Assets Malays

PPZ SASAR KUTIPAN RM260 JUTA


Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasar untuk mengutip RM260 juta zakat tahun ini menerusi 84,000 orang pembayar.

Pengurus Besar PPZ-MAIWP Mohd Rais Alias berkata sasaran itu adalah lebih tinggi berbanding jumlah kutipan pada 2009 iaitu sebanyak RM242 juta dengan jumlah pembayar sebanyak 78,820 orang.

Beliau berkata demikian pada majlis pelantikan rasmi Kaunter Pejabat Pos Suria KLCC sebagai kaunter angkat PPZ.

Pejabat Pos Suria KLCC merupakan kaunter angkat keempat selepas kaunter BIMB Putrajaya, Pejabat Pos Gombak dan Bank Muamalat Bandar Tasik Selatan.

Menurut Mohd Rais, Pos Malaysia adalah antara ejen zakat PPZ yang menjadi penyumbang zakat terbesar.

Beliau berkata antara sebab PPZ memilih Pejabat Pos KLCC sebagai kaunter angkat adalah kerana waktu operasinya tamat pada pukul 6 petang dan ini dilihat dapat membantu para pembayar zakat membuat bayaran zakat mereka selepas waktu kerja.

Ia beroperasi pada setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan ditutup hanya pada Sabtu minggu pertama.

Beliau berkata pemilihan itu juga berdasarkan lokasi yang strategik dengan dikelilingi oleh mereka yang berkemampuan untuk membayar zakat.

Katanya pembayar zakat juga akan menerima cenderahati percuma dari pihak PPZ-MAIWP jika membuat bayaran di kaunter-kaunter angkat PPZ-MAIWP dan pemberian cenderahati itu juga adalah sepanjang masa dan tiada tempoh dihadkan.

Mohd Rais berkata pihaknya juga mempunyai perancangan untuk melantik Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Pudu sebagai kaunter angkat PPZ dan ia mungkin dilaksanakan pada akhir tahun ini atau tahun depan.

KEBIMBANGAN HILANG FDI TIDAK BERTEMPAT


Kebimbangan akan Malaysia kehilangan pelaburan langsung asing (FDI) tidak bertempat kerana negara kekal sebagai 15 negara hos utama bagi pelaburan pada 2010-2012, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan sentiasa menarik pelaburan berkualiti bagi menempatkan negara dalam laluan pertumbuhan tinggi.

Malahan dalam Laporan Pelaburan Dunia 2010 oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), ia menyatakan dengan jelas bahawa ia menganggap Malaysia merupakan antara negara paling membangun, berminat untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi.

"Malaysia berminat dengan pelaburan berasaskan teknologi dan tokokan nilai tinggi sejajar dengan usaha kerajaan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

"Kita bukan mempertikaikan angka itu tetapi kerajaan juga tidak berminat menarik pelaburan kategori rendah seperti pemprosesan dan pemasangan. Kita tidak memberikan sebarang insentif bagi mereka.

"Kita ada buat macam itu pada era 70-an tetapi tidak lagi sekarang," katanya pada taklimat media mengenai "Laporan Pelaburan Dunia 2010 oleh UNCTAD yang menyatakan aliran masuk FDI ke Malaysia turun 81 peratus kepada RM4.43 bilion (US$1.381 bilion) tahun lepas daripada RM23.47 bilion pada 2008 (US$7.381 bilion).

Bagaimanapun, aliran masuk FDI pada suku pertama 2010 ialah sebanyak US$1.41 bilion.

Penurunan aliran masuk FDI tahun lepas bukanlah sesuatu yang dialami oleh Malaysia sahaja. Sebenarnya, malahan di kalangan 10 destinasi FDI utama turut mengalami penurunan dalam aliran masuk pelaburan apabila aliran FDI dunia pada 2009 menjunam sebanyak 37 peratus, menjejaskan banyak negara.

Malahan Amerika Syarikat, penerima utama FDI global pada 2009 menerima pelaburan berjumlah US$130 bilion, turun 58.8 peratus daripada US$316 bilion pada 2008.

Memandangkan hala tuju yang diambil oleh Malaysia, negara-negara jiran seperti Vietnam, Indonesia dan Filipina menerima aliran pelaburan yang besar.

"Selain itu, sesetengah negara seperti Vietnam dan Indonesia yang sedang dalam proses membangunkan prasarana mereka menerima tahap pelaburan tinggi dalam sektor ini," kata Mustapa.

Sebagai contoh, negara membangun seperti India, antara 10 destinasi FDI utama dalam WIR, merancang projek pembangunan jalan raya sejauh 20,000km, yang menarik pelaburan sangat besar.

"Kita tidak mempunyai keperluan seumpama itu. Sama juga dengan Vietnam, mereka sedang memerlukan prasarana seperti stesen janakuasa, manakala di Malaysia kita mempunyai rizab tenaga kira-kira 45 peratus," katanya.

UNCTAD juga menyatakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini perpindahan beberapa aktiviti pembuatan dari ekonomi Asia yang semakin membangun seperti China dan Malaysia menyediakan peluang kepada negara-negara yang terkemudian menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran serantau Perbadanan Transnasional (TNC).

Mengenai aliran keluar FDI yang besar, Mustapa berkata aliran keluar pelaburan itu mencerminkan keupayaan berterusan Malaysia untuk melabur di luar negara menerusi TNC utama. Sebahagian besar aliran keluar Malaysia adalah hasil daripada pengambilalihan rentas sempadan.

"Kejayaan kewangan pelaburan kita di luar negara memberi kesan kepada pemegang saham Malaysia dan keseluruhan nilai aset tempatan kita. Sesetengah syarikat ini telah membawa balik ke Malaysia pendapatan bernilai berbilion ringgit yang mengukuhkan keupayaan kumpulan untuk melabur di dalam negara," kata nya.

Dalam tempoh jangka panjang, syarikat-syarikat ini memperoleh pendapatan pelaburan yang kemudiannya dihantar pulang sebagai sumber pendapatan baharu, katanya.

"Sumbangan pendapatan pelaburan kepada keluaran dalam negara kasar dijangka terus berkembang ketika pelaburan Malaysia di luar negara matang kelaknya," kata Mustapa.

Beliau berkata ekonomi lebih maju dan kompetitif lain juga mengalami situasi yang sama; sebagai contoh AS dan Jepun, kedua-duanya adalah pengeksport modal, mempunyai aliran FDI bersih negatif yang besar bagi satu tempoh yang lama.

Pada 2009, Jepun memiliki aliran FDI bersih US$62.7 bilion, manakala US$118.2 bilion.

"Ini menunjukkan bahawa aliran FDI bersih negatif itu sendiri tidak bermakna sesebuah negara berada dalam keadaan yang amat serius," katanya.

Mengenai punca peningkatan defisit dalam aliran masuk FDI bersih Malaysia seperti yang dinyatakan dalam laporan itu seperti asas modal insan kecil, Mustapa berkata ini merupakan kebimbangan yang akan ditangani dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Beberapa langkah telah diperkenalkan termasuk Perbadanan Tenaga Kerja baharu yang akan dibentuk di mana akan ditugaskan untuk mencari tenaga kerja utama dalam dan juga luar negara.

Beliau berkata perkhidmatan awam akan meningkatkan tumpuannya mengupah tenaga kerja muda yang berkaliber tinggi dan menambah baik kualiti pelajar dan tenaga kerja tempatan.

Mustapa berkata kerajaan juga memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang mempunyai sistem pemantauan kukuh bagi FDI.

Makmal-makmal yang diusahakan oleh PEMANDU, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, telah mengenal pasti Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEA) yang dijangka menarik jumlah FDI baharu yang besar.

Inisiatif khusus oleh MITI dan agensi-agensinya menyasarkan sektor keutamaan khusus, nilai tokokan tinggi, teknologi tinggi, projek berintensifkan modal dan pengetahuan dan teknologi baru muncul, memperkenalkan bahagian pertumbuhan baharu dalam sektor pembuatan, perkakasan perubatan, ICT, mesin dan kelengkapan, bioteknologi dan lain-lain.

Ia juga memperkenalkan sektor perkhidmatan sebagai jentera pertumbuhan baharu.

Pensyarikatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga akan membantu menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik.

"Pemerkasaan sudahpun ada. Perlu ada peralihan dalam budaya berfikir, keupayaan untuk memberi reaksi pantas kepada perubahan dan maklum balas," kata Mustapa.


Wednesday, July 28, 2010

PENULIS BLOG DIMINTA TIDAK LUMPUHKAN EKONOMI NEGARA


Datuk Mukhriz Mahathir memberi amaran kepada parti pembangkang dan penulis-penulis blog agar tidak melumpuhkan ekonomi negara dengan membuat pelbagai tuduhan liar dan tidak berasas.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang memberi peringatan itu berkata, ini kerana tuduhan-tuduhan negatif itu akan menjejaskan nama baik Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Secara sinis beliau menyifatkan golongan tersebut membuat 'serangan kiri dan kanan' kerana mengkritik kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) dan pada masa sama menyokong transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurutnya, 'serangan habis-habisan' itu semata-mata bertujuan untuk memberi gambaran kegagalan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional membawa masuk FDI.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan mengapa pengiktirafan yang diberikan kepada Malaysia sebagai antara 15 negara utama pelaburan tidak dilaporkan.

''Sedar atau tidak tuduhan liar ini akan memberi kesan teruk kepada Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan.

''Perlu ingat jangan memperjudikan nasib negara dan generasi muda yang bakal memimpin dan meneraju Malaysia pada masa depan,'' katanya pada taklimat khas mengenai FDI negara.

Taklimat khas itu turut dihadiri oleh Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan, Datuk Jacon Sagan Dungau.

Majlis itu diadakan bagi memberi penjelasan berhubung prestasi FDI dan menjawab tuduhan liar berikutan kejatuhan prestasi pelaburan Malaysia oleh Laporan Pelaburan Dunia 2010.

Laporan berkenaan dibuat oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan menyatakan kemasukan FDI ke Malaysia jatuh 81 peratus kepada RM4.43 bilion tahun lalu berbanding RM23.47 bilion pada tahun sebelumnya.

Laporan itu turut menyebut, Malaysia mengalami kemerosotan terbesar berbanding negara-negara jirannya.

Mukhriz menambah, kementerian itu bukan mahu mempertahankan diri, sebaliknya mengakui penurunan FDI pada tahun lalu adalah kesan daripada krisis ekonomi global.

Sementara itu, Mustapa pula tidak menolak krisis ekonomi telah mengakibatkan banyak syarikat asing yang menutup operasi di negara ini kerana menstruktur semula pengurusan mereka.

Bagaimanapun, tambahnya, pada masa yang sama Malaysia masih menerima pelaburan baru atau pelaburan semula daripada syarikat-syarikat yang pernah menutup operasi di sini.

Mengulas dakwaan kononnya Malaysia semakin kurang kompetitif berbanding negara-negara jiran dalam membawa masuk FDI, Mustapa berkata: ''Walaupun negara mahu mengambil semua peluang perniagaan tetapi pada masa sama kita perlu melihat kepada kualiti perniagaan''.

Ia penting kerana Malaysia yang kini dalam proses transformasi ekonomi tidak lagi boleh menerima perniagaan yang hanya menawarkan gaji rendah kepada rakyat, katanya.

''Adakah kita mahu membawa masuk pelaburan asing yang hanya mampu membayar gaji AS$5 (RM16) sehari atau RM400 sebulan?,'' ujarnya.

Beliau berkata, kementerian perlu berhati-hati dalam memilih pelaburan untuk memberi pekerjaan berkualiti tinggi kepada golongan profesional, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membawa balik golongan profesional Malaysia yang berada di luar negara.

KOPERASI PERLU PUSINGAN MODAL


Lebih 7,000 koperasi di negara ini memerlukan bantuan pembiayaan dalam bentuk tabung pusingan modal sekurang-kurangnya RM10 bilion daripada kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Berdasarkan jumlah tersebut, purata pembiayaan kewangan bagi setiap koperasi di negara ini adalah kira-kira RM1.4 juta untuk menyokong pertumbuhannya.

Pengarah Eksekutif Koperasi Wawasan Malaysia Bhd. (Kowamas), Datuk Mohamed Farid Zawawi berkata, jumlah pembiayaan keseluruhan berkenaan berupaya menampung keperluan kewangan koperasi-koperasi tempatan.

Malah, katanya, pembiayaan yang tinggi merupakan salah satu faktor untuk koperasi tumbuh dan berkembang dengan lebih pantas di negara ini.

"Kita mahu lebih banyak koperasi berdaya saing di negara ini dan berkembang pesat seperti di negara-negara Eropah,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Ibu Pejabat Komawas di sini hari ini.

Beberapa contoh koperasi yang ditadbir urus dengan baik di dunia adalah di Sweden, Denmark, Sepanyol dan Jepun.

Kowamas ditubuhkan pada 1996 bermula daripada sebuah koperasi yang kecil dengan 100 orang ahli untuk menjaga kebajikan pekerja sebuah ladang di Kuala Krai, Kelantan.

Kini, Kowamas mempunyai empat teras perniagaan iaitu pembiayaan peribadi, pajak gadai Ar-Rahnu, kedai pengguna dan hartanah.

Koperasi itu telah melancarkan produk pembiayaan peribadi pertamanya berlandaskan konsep syariah iaitu e-Wawasan dengan kerjasama Malayan Banking Bhd. (Maybank) pada Ogos 2008 yang lalu.

Mohamed Farid menambah, kerajaan perlu serius membantu koperasi-koperasi dalam pembiayaan kewangan bagi memastikan entiti itu terus berkembang.

Katanya, bantuan dan sokongan itu diibarat sebagai satu pelaburan jangka panjang kerajaan yang akan dituai pada masa depan.

Ketika ditanya jumlah koperasi aktif di negara ini, Mohamed Farid memberitahu, hanya 500 koperasi tempatan berada pada peringkat pertama pencapaian atau kedudukan yang baik sementara 1,000 lagi di peringkat kedua atau memuaskan dan berpotensi untuk berkembang.

Katanya, bakinya sebanyak 5,500 koperasi tidak aktif.

''Sekiranya sebahagian besar koperasi ini berada di peringkat kedua, maka banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan,'' katanya.

Ditanya peratusan sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Mohamed Farid menambah, sumbangannya kurang dari satu peratus berbanding negara-negara Eropah sebanyak 10 peratus.

SABAH TARIK PELABURAN RM500 JUTA


Sabah telah berjaya menarik pelaburan bernilai RM544.64 juta bagi 22 projek dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Selasa.

Menerajui senarai itu ialah sektor pembuatan makanan dengan jumlah pelaburan RM417.73 juta, diikuti kelengkapan pengangkutan dengan RM31.12 juta dan minyak sawit mentah dengan RM31 juta, katanya.

Sehingga April tahun ini, jumlah perdagangan Sabah ialah sebanyak RM24.2 bilion dengan eksport bernilai RM15.1 bilion dan import RM9.1 bilion.

Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata pencapaian itu disumbang daripada senario ekonomi global sekarang yang sedang bergerak ke arah hala tuju positif.

"Pada April tahun ini, China, ekonomi utama yang paling pantas berkembang di dunia, mencatatkan kenaikan 25 peratus dalam pelaburan asing berbanding tahun sebelumnya, menunjukkan pemulihan yang kukuh," katanya pada majlis makan tengah hari tahunan Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) cawangan Sabah, di sini.

"Jepun mencatatkan kenaikan 40.4 peratus dalam eksport berbanding tahun lepas, satu lagi petunjuk positif yang ekonomi global sedang pulih," katanya.

Di dalam negara, Musa berkata kerajaan sedang berusaha keras untuk menyediakan dasar-dasar yang betul bagi membantu ekonomi tempatan berkembang dan menangani kegawatan global.

Menurutnya, perbelanjaan domestik kukuh dan dibantu oleh fleksibiliti dalam dasar yang diperkenalkan kerajaan dalam sektor tertentu seperti sektor perbankan.

"Khususnya di Sabah, kami tidak terkena tempias kemelesetan global dan kekuatan kami bergantung kepada sektor perladangan dan komoditi," katanya.

Bagaimanapun, Musa berkata dalam era globalisasi ini, negara perlu mendapatkan rakan kongsi perniagaan luar negara dan menyambar peluang baharu untuk menyasar bahagian lebih lebih besar dalam ekonomi.

Justeru itu, beliau menggesa MICCI dan anggotanya menyediakan platform bagi komuniti perniagaan di negeri ini untuk menjalin rangkaian dengan syarikat asing.

COKLAT MELAYU JADI TUMPUAN RAMAI

Bongkah coklat ditukar pendapatan lumayan! Ternyata usaha untuk menambahkan kemahiran membuat coklat melalui kursus yang dilakukan tidak sia-sia. Bermula selepas pengasasnya membuat persiapan untuk mengisi hari persaraan.
Coklat yang dihasilkan hanya suka-suka di rumah akhirnya mengubah rutin harian pemilik dan keluarga usahawan perintis coklat tempatan ini apabila mula menerima tempahan daripada kenalan rapat sehinggalah ke pasaran komersil.
Hasil coklatnya mendapat sambutan kerana ketika itu penggemar coklat sukar untuk mendapatkan coklat tempatan dan halal. Sekali gus membuka membuka peluang kepada syarikat yang diusahaka ibu dan anak ini untuk terus menjalankan bidang pembuatan coklat sebagai perniagaan yang menguntungkan.
Bermula daripada dua jenis coklat atau produk pada 2005, kini bertambah kepada 15 jenis coklat antaranya coklat pralin (berinti kacang), coklat feeling (coklat berinti) dan coklat bar yang berharga antara RM0.70 hingga RM45. Malah setiap kali terlibat dengan pameran yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan khususnya Lembaga Koko Malaysia, pihaknya akan menghasilkan produk baru untuk diperkenalkan. Melalui usaha gigih mereka, syarikatnya telah menerima beberapa anugerah atas kejayaan perniagaannya antaranya Anugerah Petani dan Usahawan Koko Jaya 2008 Peringkat Kebangsaan Kategori Usahawan Koko Jaya (Coklat Jaya) daripada Lembaga Koko Malaysia; Anugerah Industri Koko 2008 Kategori Usahawan Coklat
Pengasas dan Pengarah Urusan Dazzle Food Enterprise, Siti Ropiah Hambali berpendapat perniagaan kuih dan coklat mempunyai prospek yang tinggi untuk dimajukan. Kejayaan produk ini juga adalah di atas kegigihan anak ketiganya yang giat mempromosi dan memasarkan coklat keluaran mereka. Noor Dina Mohd Tajuddin, 28, yang juga Pengurus Besar Dazzle Food Sdn Bhd.
Melihat potensi yang diterima, Dina sanggup berhenti kerja di sebuah bank untuk memberi perhatian kepada perniagaan ibunya. Pelajar Sekolah Menengah Convent Kajang ini juga amat peramah dan bertanggungjawab untuk membawa jenama Dazzle hingga ke peringkat sekarang. Dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Usahawan daripada Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Dina menggunakan peluang tersebut untuk membangunkan Dazzle.
Dalam tempoh cuma empat tahun beroperasi, Dina berjaya memperolehi dua anugerah, termasuk di peringkat kebangsaan.
Walaupun Dina tidak mempunyai pengalaman membuat coklat, namun berkat kecekalan dan keyakinan, semuanya bagaikan ‘alah bisa tegal biasa’. Kini daripada bangunan kedai kecil memulakan operasi, syarikatnya mampu menyewa di lot bangunan 3 tingkat, di Hulu Langat, Selangor yang lebih selesa dengan lima orang kakitangannya sebagai kilang memproses pembuatan coklat-coklatnya yang semakin meningkat hingga mencecah 500 kilogram coklat sehari.
Biarpun perniagaannya dicetuskan oleh ibunya, dia terfikir mengapa tidak membantu ibunya dengan mengkomersialkan produk Dazzle. Selepas melepaskan jawatan dengan sebuah bank pada tahun 2006, fokusnya hanya pada perniagaan ini. RM500,00 telah dilaburkan dalam mengembangkan perniagaannya melalui wang simpanan dan juga bantuan pembiayaan yang diterima.
Kejayaan diraih satu persatu, apatah lagi pembungkusan produknya yang cantik itu juga dibantu pihak SIRIM melalui geran pembungkusan yang diterimanya. Malah pelbagai kursus dan seminar disertainya semata-mata mahu mengetengahkan jenama Dazzle di pasaran tempatan.
Meskipun berjawatan Pengurus Besar, Noor Dina melakukan semua kerja, daripada membuat coklat, mengambil tempahan, mencari pasaran sehingga menyertai pameran.
Katanya, bukan mudah untuk meyakinkan orang ramai dan kerana itu dia tidak kisah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi memastikan produk keluarganya mendapat sambutan. Selain berhempas pulas melakukan beberapa tahun kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh syarikat dalam memperkembangkan sayap perniagaan dengan lebih berkesan, para pengedar dan pengeluar juga bekerjasama memastikan Dazzle mendapat tempat di pasaran tempatan dengan bersaing dengan produk-produk coklat terkemuka lain di premis-premis terpilih.
Namun usaha itu didokong kerjasama baik syarikat dan Lembaga Koko Malaysia yang banyak membantu memberi tunjuk ajar dan bantuan sehingga syarikat dapat berdiri kukuh sebagaimana kini.
Dina bersama keluarganya turut memasarkan produk mereka di semua peringkat sekolah sehingga ke pasar raya terpilih.
Dalam pada itu, syarikat merangka untuk memasarkan secara berkesan melalui persidangan dan pameran

KELUARKAN HASIL 950 TAN KELEDEK VITATO

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyasarkan hasil tanaman keledek jenis vitato sebanyak 950 tan metrik semusim dari kawasan penanaman seluas 47.5 hektar di negeri ini.
Timbalan Pengarahnya Sawaludin Ahmad berkata peserta projek tanaman vitato yang kini memperoleh hasil purata 17 tan metrik sehektar perlu meningkatkan komitmen agar dapat mencapai 20 tan metrik sehektar pada musim akan datang.
LPP membelanjakan RM1.5 juta bagi membantu petani mengusahakan tanaman vitato dan tembikai di negeri ini melibatkan empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) iaitu PPK Kandis, Repek Telong, Semerak dan Bachok serta diusahakan 47 peserta, katanya.
Bercakap kepada pemberita pada majlis perasmian tuaian hasil tanaman vitato Unit Peladang Kuala Semerak dekat sini Selasa, beliau berkata empat PPK berkenaan bersama sebuah lagi PPK iaitu PPK Pulai Chondong mengendalikan projek tanaman tembikai seluas 38.5 hektar yang membabitkan 43 peserta.
Sawaludin berkata vitato kawasan Kandis, Bachok seluas 13.5 hektar yang selesai dituai kelmarin mencatatkan hasil 222.3 tan metrik. “Kita belum dapat mencatat jumlah sebenar hasil vitato di Kuala Semerak kerana ia belum dituai sepenuhnya, kita berharap ia memberi pulangan lumayan kepada peserta.
“Kita percaya matlamat untuk memperoleh hasil 20 tan metrik sehektar dapat dicapai sekiranya petani meningkatkan usaha mereka,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Bahagian Pengeluaran Ladang Ibu Pejabat LPP, Zaheran Abdul Ghani yang ditemui pada majlis yang sama berkata LPP Terengganu akan membina kilang memproses vitato di Kerandang, Besut yang memberi lebih peluang pasaran kepada petani.
Katanya LPP menerima peruntukan RM1.5 juta untuk membina kilang itu dan menunggu peruntukan RM2.5 juta lagi bagi merealisasikan hasrat membina kilang terbabit.
Bongkah coklat ditukar pendapatan lumayan! Ternyata usaha untuk menambahkan kemahiran membuat coklat melalui kursus yang dilakukan tidak sia-sia. Bermula selepas pengasasnya membuat persiapan untuk mengisi hari persaraan.
Coklat yang dihasilkan hanya suka-suka di rumah akhirnya mengubah rutin

WANITA TERKAYA DI SINGAPURA LAHIR DI PERAK

Anda percaya air laut Singapura tawar? Namun itu semua menjadi kenyataan apabila anak kelahiran Malaysia dinobatkan ‘ratu air’ untuk perniagaan rawatan airnya di kota Singa.
Hyflux adalah adalah sebuah syarikat rawatan air terbesar di Asia Tenggara yang sudah meneroka China, India dan Timur Tengah, dengan visi menjadi pemain global. Malah jutawan gigih ini juga merupakan satu-satunya wanita yang berada dalam senarai orang terkaya Forbes, sekaligus yang termuda.
Olivia Lum, CEO syarikat rawatan air ternama Hyflux di Singapura. Dia tidak tahu siapa ibu bapa kandungnya. Selepas kelahirannya, dia dijaga oleh seorang wanita tua yang dipanggilnya nenek. Nasib malangnya bertimpa-timpa, terpisah dari keluarga sendiri dan hidup dalam serba kemiskinan. Zaman kecilnya menjalani kehidupan yang sukar di Kampar, Perak.
Menjalani persekitaran jiran-jiran yang mula berhijrah setelah lombong bijih timah tidak lagi memberikan pendapatan. Mungkin ini antara faktor Olivia juga tekad untuk berhijrah dan mengubah nasib hidup.
Dua puluh tahun lalu, pengalaman yang cukup manis apabila dia berjaya mengasaskan Hyflux, sebuah syarikat yang memburu kepakaran teknologi melalui usaha niaga berkaitan air di Asia. Daripada pembersihan air buangan di China dia turut melabur dalam penyahragaman tumbuh-tumbuhan di Singapura.
Di awal penubuhan syarikat, Hyflux hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak khususnya pesaingnya yang hampir 20 buah syarikat ketika itu. Malah pada ketika itu, Olivia juga tidak mempunyai rancangan perniagaan, tetapi apa yang dia tahu air adalah perniagaan yang bagus.
Dalam keadaan terkapai-kapai mencari pelanggannya, Olivia lebih senang menaiki moto- sikal sendirian dari Jurong ke Batu Pahat, mengetuk pintu ke pintu untuk menawarkan produk ‘water filter’. Dengan wang yang berjaya dikumpul itu juga Olivia laburkan untuk mengembangkan perniagaannya. Belum puas dengan hanya menjual peralatan water treatment, Olivia juga telah menambahkan kemahirannya dengan kursus yang lebih profesional.
Ajaibnya semangat anak yatim ini, dia lulus dengan sempurna. Dan kemudian, situasi bak bola salju berputar setelah dia memiliki keahlian ini. Projek-projek water treatment terus mendampinginya. Yang lebih hebat lagi, Lum yang melakukan semua projek awal water treatment milik Hyflux.
Hari ini, Hyflux adalah sebuah daripada syarikat paling hangat dalam pasaran air Asia. Hyflux kini juga merupakan sebuah syarikat yang bernilai RM945 juta, dan cabaran terbesar bagi Olivia adalah mempertahankan pertumbuhan memberangsangkan yang dimilikinya. Beliau menjangkakan dalam tempoh lima tahun bakal membawa Hyflux kepada nilai RM10 bilion.
Olivia juga telah membentuk Singapura dengan loji pengasingan air garam yang pertama, dan mungkin terbesar dunia.
Loji berharga RM700 juta itu juga telah mengangkat nama Olivia sebagai ‘Ratu Air’ kerana keupayaan dan kesungguhannya dalam membekalkan air bersih dan menyediakan rawatan air yang tercanggih.
Kini air laut Singapura berubah kepada air tawar, dan mengepam ia kepada sistem pengedaran air Singapura yang boleh diminum, mengeluarkan 30 juta gelen setiap hari, atau satu persepuluh keperluan air semasa negara. Usaha Olivia dan syarikatnya akan membantu Singapura

USAHAWAN BERJAYA?

Ramai yang mengenal dan mengetahui perkataan usahawan. Tapi bila ditanya apa itu usahawan, mereka pasti akan berfikir seketika untuk memastikan mereka menjawab dengan baik dan betul. Diakhir jawapannya diselitkan dengan keraguan.
Namun, apa yang disimpulkan oleh setiap orang mengenai usahawan itu ada benarnya. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengikut tafsiran mereka sendiri. Mereka menafsirkan perkataan usahawan itu berdasarkan apa yang mereka lihat dan mereka fahami.
Usahawan ialah orang yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu sebagai salah satu urusan perniagaan bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan malahan sebagai satu perniagaan yang dapat memanfaatkan orang lain. Bukan itu sahaja, usahawan juga merupakan orang yang berani menanggung risiko diatas setiap sesuatu yang dihasilkan ataupun diusahakan.
Sesetengah orang berpendapat bahawa usahawan itu ialah peniaga dan peniaga itu pula adalah usahawan. Semua usahawan itu boleh menjadi peniaga dan merupakan peniaga “bawah tanah” secara tidak langsung.
Tetapi bukan semua peniaga itu adalah usahawan. Peniaga ialah orang yang menjual barang untuk mendapatkan keuntungan sahaja dengan menjadi perantara diantara usahawan ( barang yang dihasilkan) dengan orang ramai.
Dalam erti kata lain bagi menerangUsahawan
Berjaya ?
kan maksud usahawan sebagai peniaga “bawah tanah” ialah orang yang menghasilkan barangan dan kemudiannya dijual kepada industri-industri yang bersesuaian dengan hasil rekaannya. Sebagai contoh, basikal. Usahawan mereka seterusnya menghasilkannya dan kemudian ideanya dijual kepada industri perkilangan untuk diproses dan dijual kepada orang ramai. Namun, ramai usahawan yang lahir dalam industri perniagaan ini dengan menghasilkan idea dalam bentuk tarikan.
Sebagai contoh, mereka menghias ruangan dalam perniagaan mereka dengan mengetengahkan berbagai konsep agar orang ramai tertarik dengan perniagaannya. Dengan itu, dapatlah mereka memperkembangkan perniagaannya dan merperolehi keuntungan daripadanya.
Diantara konsep atau kaedah yang kita dapat lihat dan perhati sekarang ini ialah dengan merendahkan harga jualan, menyediakan perkhidmatan percuma yang bersesuaian selagi ianya tidak merugikan, kad diskaun, cabutan bertuah sekiranya berbelanja sehingga nilai yang ditetapkan dan sebagainya. Ini merupakan contoh usahawan yang dapat kita perhatikan yang sentiasa berusaha dan mengambil risiko diatas setiap usahanya.
Namun, apa yang disimpulkan oleh setiap orang mengenai usahawan itu ada benarnya. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengikut tafsiran mereka sendiri. Mereka menafsirkan perkataan usahawan itu berdasarkan apa yang mereka lihat
Januari 2010
USAHAWAN mindaniaga
M 06

BSN TAMBAH PUSAT PERBANKAN ISLAM

Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sedang merancang untuk menambah bilangan Pusat Perbankan Islamnya bagi menawarkan kemudahan perbankan yang mematuhi kewangan syariah dan menyumbang kepada pembangunan perbankan Islam di negara ini.
Pengurus Besar/Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata BSN berharap inisiatif itu akan menawarkan penyelesaian perbankan yang mematuhi kewangan syariah kepada individu dan perniagaan, kepada komuniti Islam dan bukan Islam.
BSN telah memulakan operasi Pusat Perbankan Islamnya di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Kuala Nerus, Terengganu pada 1 Disember lepas.
BSN kini mempunyai produk-produk yang mematuhi syariah, dari deposit mudah kepada pembiayaan kewangan.
Menurutnya, urusan perbankan konvensional seperti simpanan, pengeluaran, penggantian buku, kad akaun dan sebagainya masih diteruskan di kedua-dua Pusat Perbankan Islam itu, untuk pelanggan sedia ada.
Ini bertujuan memudahkan pelanggan sedia ada untuk berurusan dengan BSN di samping dapat mempromosikan produk-produk perbankan Islam kepada mereka.
Pengurus Besar/Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata BSN berharap inisiatif itu akan menawarkan penyelesaian perbankan yang mematuhi kewangan syariah kepada in

Tuesday, July 27, 2010

BARU ENAM BULAN DALAM PASARAN

Makanan tidak seimbang, dicampuri pengawet, perisa dan cara masak berlebihan mengundang radikal bebas yang terhasil dalam badan manusia dan menjadi punca utama penyakit masa kini.
Ternyata HINI sebenarnya bukanlah melibatkan kadar kematian yang tinggi setiap hari berbanding dengan penyakit jantung yang kini mangsanya tidak membataskan usia mahupun warna kulit sejak dahulu lagi.
Sebenarnya sebanyak 30 peratus penyakit jantung (Iskemik) akibat tersumbat saluran darah terdiri daripada mereka yang mempunyai paras kolestrol yang normal. Di Amerika Syarikat, 50 peratus daripada doktor-doktor pakar jantung (kardiologis) mengambil pelbagai jenis antioksida untuk menghindar serangan jantung pada diri sendiri. 30 peratus daripada doktor juga memberikan antioksida kepada pesakit mereka.
Daripada pendedahan dan kajian terhadap kebaikan buah manggis oleh negara luar berbanding di negara pengeluar manggis di Asia Tenggara dan di Malaysia sendiri, doktor yang berpengalaman selama 35 tahun dalam dunia perubatan akhirnya mendedahkan keistimewaan manggis kepada masyarakat tempatan. Dengan formula yang dihasilkan oleh Dr. Nik Aziz Yacob, XANTEEN kapsul 400mg adalah 100 peratus buah manggis, tidak dicampur dengan air, buah-buahan lain, pengawet, perisa dan juga pewarna.
Dr. Nik Aziz juga berjaya menghasilkan antioksidan untuk kesihatan dalam bentuk kapsul, bukan jus, serbuk kopi atau teh yang harganya jauh lebih berpatutan dan mensasarkan produknya untuk semua golongan masyarakat kini agar prihatin dengan kesihatan diri.
Syarikat pengasas produk ini juga telah memperolehi XANTEEN Kapsul 400mg sebagai pengedar tunggal, kelulusan Biro Penguatkuasaan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan persijilan Halal dan diiktiraf untuk eksport.
Menurut Dr. Nik Aziz ketika ditemui di pejabatnya di Putra Heights, Subang Jaya, kejayaannya itu telah bermula sebaik menjalankan kajian “keberkesanan Antioksidan ke atas kesihatan: Normal dan Pesakit” sejak tahun 1995 menggunakan bahan kajian yang terdiri daripada produk herba yang sedia ada dalam pasaran dan yang telah dirumus sendiri.
Memandangkan keputusan yang diperolehi daripada produk herba yang sedia ada dalam pasaran tidak begitu meyakinkan, khususnya produk herba yang dijual secara ‘gelap’ di ibu kota yang menjadi tumpuan kaum lelaki dan juga wanita, beliau dapati perlunya satu formula baru yang jauh lebih efektif untuk keperluan kesihatan hari ini dan kapsul formulanya adalah yang pertama di Malaysia. Kajian juga mendapati bahawa hasil jualan jus manggis produk luar negara telah dijual di Malaysia RM3 juta sebulan. Daripada laporan ini ternyata khasiat manggis sudah diakui ramai dan diperlukan untuk kesihatan manusia.
Merealisasikan formula kajiannya ke pasaran, dua buah syarikat berdaftar telah ditubuhkan bagi tujuan menjalankan kajian dan pengeluaran produk-produk herba secara komersil. Power X Enterprise dan Vista Biotech yang beroperasi di Kelantan bertanggungjawab dalam merealisasikan keistimewaan Xanteen dalam pasaran.
Manakala DSDA Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat pemasaran di Kuala Lumpur telah dilantik sebagai pengedar tunggal produk ini. DSDA Corporation telah mendapat hak eksklusif dari syarikat pengeluar Power X Enterprise sebagai pengedar tunggal untuk mengedar dan memasar produk suplemen anti-oksida Xanteen Kapsul 400mg.
Melalui inisiatif DSDA, produk suplemen kesihatan Xanteen Kapsul 400mg telah diperkenalkan dengan rasminya kepada pasaran domestik dan global dalam Ekspo Herba Asia 2009 pada Mei lalu di MATRADE dan juga MIHAS 2009. Kemudian diperkenalkan kepada masyarakat Brunei pada Ogos lalu melalui Brunei Halal Expo 2009.
Kini Xanteen Kapsul 400mg telahpun mendapat permit untuk pasaran eksport ke Brunei, Indonesia, Singapura, Australia, Russia, United Arab Emirate (UAE) serta Doha.
Dr. Nik Aziz selaku Penasihat Teknikal Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) kepada syarikat DSDA Corporation, melaporkan bahawa 30 peratus mereka yang diserang strok adalah daripada kalangan yang kurang normal tahap kesihatan mereka. Untuk mengelak daripada mati mengejut pula, anti-kolestrol diambil pesakit bagi mengimbangi tahap kolestrol mereka.
Syarikat ini juga berjaya mendapat perhatian pengguna dalam tempoh tiga hingga 6 bulan produk diperkenalkan di pasaran. DSDA juga telah mendapat pensijilan dari Kementerian Kewangan (MOF) dan Taraf Bumiputera telah memohon untuk mendapat tanda ‘Trade Mark’ ™ demi pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa BPFK, Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia Disember 2008, fasa perkilangan bagi pengeluaran komersil produk telah diamanahkan kepada kilang bertaraf Amalan Pengeluaran Baik (GMP), syarikat RPM Herbal Industries, secara ‘contract manufacturing’.
Selain tanggungjawabnya sebagai pegawai perubatan kontrak di Klinik Kesihatan di Kelantan, anak jati kelantan ini benar-benar komited untuk membantu tahap kesihatan masyarakat hari ini dengan formula yang dihasilkan untuk memanfaatkan hasil manggis yang banyak terdapat di negerinya. Katanya, Xanteen Kapsul 400mg juga dapat dihasilkan melalui kerjasama dan khidmat nasihat yang telah diberikan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Biro Penguatkuasaan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), FAMA, MARDI, Malaysia Biotech Corporation, FRIM, SIRIM dan SMIDEC.

BANTU RAKYAT BERNIAGA

Pihak berkuasa tempatan diminta supaya membantu usaha memudahkan urusan bagi membolehkan rakyat yang ingin berniaga memperolehi peluang untuk berbuat demikian.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat gesaan itu berkata dalam usaha kerajaan membantu rakyat menambahkan pendapatan, karenah dan keengganan pihak berkenaan mengeluarkan lesen boleh merencatkan perancangan itu.

"Satu daripada usaha kerajaan ialah berusaha menambahkan pendapatan rakyat, ini adalah satu bidang yang diberikan penekanan," katanya ketika berucap merasmikan bulan ekonomi dan keusahawanan sempena Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Wangsa Maju di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak di sini.

"Antara usahanya ialah menyediakan peluang-peluang perniagaan. Lesen-lesen (perniagaan) perlu dikeluarkan sebanyak mungkin. Jangan dihalang kalau ada usaha rakyat untuk berniaga," tambahnya.

Muhyiddin berkata pihak berwajib perlu membantu dengan memberikan kebenaran sekiranya terdapat permohonan daripada rakyat untuk menjadikan mana-mana kawasan lapang yang difikirkan sesuai, sebagai kawasan perniagaan.

Katanya kebenaran seumpama itu bukan ditumpukan kepada perniagaan di bulan Ramadan sahaja tetapi juga untuk sepanjang masa.

"Di mana ada ruang dan kawasan lapang yang sesuai, termasuk di Wilayah Persekutuan, bukan hanya tunggu bulan Ramadan, tetapi untuk sepanjang masa, maka mereka haruslah dibantu,"katanya.

Sehubungan itu Muhyiddin meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menambah bilangan lesen perniagaan seumpama itu supaya lebih banyak peluang perniagaan dapat diwujudkan.

SATU JUTA BIJI TELUR UNTUK MANGSA GEMPA BUMI

Dengan menggunakanan dasar Prosper Thy’s Neighbour yang menitikberatkan keprihatinan Malaysia kepada Negara-Negara jiran dan memberi bantuan bila diperlukan, Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) dengan kerjasama Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani menyumbangkan sebanyak satu juta biji telur ayam yang bernilai RM 300,000 sebagai bantuan tambahan Kerajaan Malaysia kepada mangsa gempa bumi di situ .
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata telur itu disumbangkan oleh penternak ayam dari 10 ladang ternakan ayam melalui FLFAM sebagai tanda simpati mereka kepada mangsa gempa tersebut.
Dengan bantuan tambahan tersebut ini sedikit sebanyak dapat menambah bekalan makanan berkhasiat untuk mangsa gempa yang bukan sahaja mengalami kemusnahan harta benda tetapi pelbagai jenis ternakan. Sumbangan berkenaan diterima oleh Duta Besar Republik Indonesia, Tan Sri Da’i Bachtiar. Menurutnya lagi Kementerian akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara

KERAJAAN MAHU KURANGKAN IMPORT MAKANAN

Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan import makanan yang bernilai kira-kira RM 28 bilion pada tahun 2008 kepada RM 14 bilion setahun. Datuk Seri Najib Razak berkata,dalam mencapai hasrat itu langkah pembentukan ekonomi untuk menghasilkan model berpendapatan tinggi yang boleh meningkatkan pendapatan golongan petani, penternak dan nelayan, sekaligus negara dapat mengurangkan kebergantungan pengimportan makanan dan dapat menjimatkan pengaliran keluar wang negara.
Beliau berkata, kerajaan juga menyokong rancangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam Rancangan Malaysia Ke- Sepuluh (RMK 10) untuk membekalkan 5000 unit motosikal tiga roda kepada usahawan untuk bertindak sebagai pembekal kepada agrobazaar kedai rakyat dan pasar tani.
Dengan menggunakan Konsep Pasar Tani, Pengeluar hasil tani boleh meraih pendapatan lumayan dengan menghasilkan produk hasil tani yang berkualiti dan sekaligus dapat menarik minat pelancong membeli hasil pertanian tempatan.

Dalam ucapan beliau, petani, penternak dan nelayan harus membuat pembaharuan dalam bidang pertanian bagi menjadikan mereka pengusaha yang berjaya. ”Kalau orang kampung nak pendapatan tinggi tanamlah Musang King, jangan tanam durian kampung kerana bila ada lambakan , durian (kampung) ini ada yang dijual RM 1 sebiji” katanya.
Mengenai Karavan Pasar Tani pula, Datuk Seri Najib berkata, ia merupakan konsep memudahkan pengguna untuk membeli terus produk pertanian yang berkualiti dan segar yang dibekalkan oleh petani. Idea yang pro aktif dan inovatif yang diperkenalkan oleh FAMA ini banyak memberi faedah kepada para petani, penternak dan nelayan serta pengguna. Perdana Menteri berucap ketika merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan Pelancaran Karavan Pasar Tani. Hadir sama ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas

USAHAWAN DIGELAR MAT KEREPEK

Kejayaan usahawan ini bukannya datang bergolek. Ia hasil kerja keras, didorong rasa tanggungjawab untuk memberikan kehidupan yang lebih terjamin buat isteri dan lima orang anaknya yang sedang membesar ketika itu.”
Pesara tentera, Haji Jamaluddin Singah, 60, dari Kampung Bukit Bangkong, Sg Pelek di sini, kira-kira 100km dari Kuala Lumpur bergelar usahawan dengan pendapatan lumayan kerana ubi kayu.
Beliau mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM69,000 sebulan, hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain yang diusahakan sejak 1987.
Perusahaan Sepang RJ milik Jamaluddin tidak bermula dengan modal yang besar atau pun pinjaman bank. Semuanya dibuat secara berdikit-dikit dan perniagaan yang diusahakan secara industri kampung ini semakin meningkat.
Jamaluddin boleh berbangga kerana produk kerepek ubi kayunya turut dipromosikan dengan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) ke Singapura, Brunei, Bahrain, China dan Taiwan.
Dengan modal awal sekitar RM50, beliau membeli kuali dan sagat ubi untuk memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan. Dapur memasak pula terdiri daripada “tungku” dan kayu api.
Bermula dengan sebuah tungku menjadi 10 tungku dan dari tungku kayu api kepada dapur gas.
Ketekunan dan kegigihan beliau mengusahakan perniagaan kerepek ubi kayu ini kemudiannya mendapat perhatian pejabat pertanian. Dari sebuah kuali menggoreng automatik (yang diberikan jabatan pertanian), beliau telah menambah dua lagi kuali menggoreng bagi memenuhi keperluan pengeluaran.
Usaha-usaha pemasaran dilakukannya sendiri. Tanpa perasaan segan dan malu,
beliau menemui pengusaha kedai di lebuhraya, stesen minyak serta pasaraya mini untuk memasarkan kerepek ubinya.
“Saya kemudiannya berjinak-jinak dengan FAMA. Merata saya ikut ekspo mereka untuk promosi kerepek ubi kayu yang saya hasilkan ini,” kata Jamaluddin.
Bagi menjamin bekalan ubi kayu yang mencukupi, Jamaluddin mengambil langkah menanam pokok ubinya sendiri. Beliau mengusahakan ladang ubi kayu seluas 40 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Sungai Belankan yang terletak kira-kira 4 km dari rumahnya. Pokok ubi yang ditanam adalah dari jenis yang menghasilkan ubi berwarna kuning yang sememangnya sesuai dijadikan kerepek.
Usahawan digelar Mat Kerepek
Majlis Konvensyen

Monday, July 26, 2010

PELUANG SIAPA PASARAN HALAL?

Sebelum ini tertanya-tanya jenama
Pau Ahmad siapa yang
punya sebenarnya? Siapa pengeluarnya?
Sehinggalah tersiar
dalam dokumentari TV siapa pemilik di
sebalik syarikat Pau Ahmad Sdn Bhd ini,
rupanya milik syarikat Cina manakala
nama Pau Ahmad digunakan sematamata
untuk menarik pelanggan Melayu.
Dahlah mereka berlumba nak dapatkan
sijil halal, sanggup pula ‘tumpang nama
Melayu’. Sebenarnya bukan sahaja pasal
pau, sos tiram serta kicap dalam pasaran
sekarang ramai yang nak ‘tumpang
nama’ syarikat Melayu yang sudah popular.
Dengan jumlah penduduk dunia yang
semakin meningkat, permintaan terhadap
bekalan makanan juga pasti akan
naik selari dengan pertumbuhan penghuni
bumi ini. Bagi mereka yang bijak
memgambil kesempatan, pertambahan
ini merupakan satu peluang yang tidak
sewajarnya dilepaskan