Bongkah coklat ditukar pendapatan lumayan! Ternyata usaha untuk menambahkan kemahiran membuat coklat melalui kursus yang dilakukan tidak sia-sia. Bermula selepas pengasasnya membuat persiapan untuk mengisi hari persaraan.
Coklat yang dihasilkan hanya suka-suka di rumah akhirnya mengubah rutin harian pemilik dan keluarga usahawan perintis coklat tempatan ini apabila mula menerima tempahan daripada kenalan rapat sehinggalah ke pasaran komersil.
Hasil coklatnya mendapat sambutan kerana ketika itu penggemar coklat sukar untuk mendapatkan coklat tempatan dan halal. Sekali gus membuka membuka peluang kepada syarikat yang diusahaka ibu dan anak ini untuk terus menjalankan bidang pembuatan coklat sebagai perniagaan yang menguntungkan.
Bermula daripada dua jenis coklat atau produk pada 2005, kini bertambah kepada 15 jenis coklat antaranya coklat pralin (berinti kacang), coklat feeling (coklat berinti) dan coklat bar yang berharga antara RM0.70 hingga RM45. Malah setiap kali terlibat dengan pameran yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan khususnya Lembaga Koko Malaysia, pihaknya akan menghasilkan produk baru untuk diperkenalkan. Melalui usaha gigih mereka, syarikatnya telah menerima beberapa anugerah atas kejayaan perniagaannya antaranya Anugerah Petani dan Usahawan Koko Jaya 2008 Peringkat Kebangsaan Kategori Usahawan Koko Jaya (Coklat Jaya) daripada Lembaga Koko Malaysia; Anugerah Industri Koko 2008 Kategori Usahawan Coklat
Pengasas dan Pengarah Urusan Dazzle Food Enterprise, Siti Ropiah Hambali berpendapat perniagaan kuih dan coklat mempunyai prospek yang tinggi untuk dimajukan. Kejayaan produk ini juga adalah di atas kegigihan anak ketiganya yang giat mempromosi dan memasarkan coklat keluaran mereka. Noor Dina Mohd Tajuddin, 28, yang juga Pengurus Besar Dazzle Food Sdn Bhd.
Melihat potensi yang diterima, Dina sanggup berhenti kerja di sebuah bank untuk memberi perhatian kepada perniagaan ibunya. Pelajar Sekolah Menengah Convent Kajang ini juga amat peramah dan bertanggungjawab untuk membawa jenama Dazzle hingga ke peringkat sekarang. Dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Usahawan daripada Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Dina menggunakan peluang tersebut untuk membangunkan Dazzle.
Dalam tempoh cuma empat tahun beroperasi, Dina berjaya memperolehi dua anugerah, termasuk di peringkat kebangsaan.
Walaupun Dina tidak mempunyai pengalaman membuat coklat, namun berkat kecekalan dan keyakinan, semuanya bagaikan ‘alah bisa tegal biasa’. Kini daripada bangunan kedai kecil memulakan operasi, syarikatnya mampu menyewa di lot bangunan 3 tingkat, di Hulu Langat, Selangor yang lebih selesa dengan lima orang kakitangannya sebagai kilang memproses pembuatan coklat-coklatnya yang semakin meningkat hingga mencecah 500 kilogram coklat sehari.
Biarpun perniagaannya dicetuskan oleh ibunya, dia terfikir mengapa tidak membantu ibunya dengan mengkomersialkan produk Dazzle. Selepas melepaskan jawatan dengan sebuah bank pada tahun 2006, fokusnya hanya pada perniagaan ini. RM500,00 telah dilaburkan dalam mengembangkan perniagaannya melalui wang simpanan dan juga bantuan pembiayaan yang diterima.
Kejayaan diraih satu persatu, apatah lagi pembungkusan produknya yang cantik itu juga dibantu pihak SIRIM melalui geran pembungkusan yang diterimanya. Malah pelbagai kursus dan seminar disertainya semata-mata mahu mengetengahkan jenama Dazzle di pasaran tempatan.
Meskipun berjawatan Pengurus Besar, Noor Dina melakukan semua kerja, daripada membuat coklat, mengambil tempahan, mencari pasaran sehingga menyertai pameran.
Katanya, bukan mudah untuk meyakinkan orang ramai dan kerana itu dia tidak kisah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi memastikan produk keluarganya mendapat sambutan. Selain berhempas pulas melakukan beberapa tahun kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh syarikat dalam memperkembangkan sayap perniagaan dengan lebih berkesan, para pengedar dan pengeluar juga bekerjasama memastikan Dazzle mendapat tempat di pasaran tempatan dengan bersaing dengan produk-produk coklat terkemuka lain di premis-premis terpilih.
Namun usaha itu didokong kerjasama baik syarikat dan Lembaga Koko Malaysia yang banyak membantu memberi tunjuk ajar dan bantuan sehingga syarikat dapat berdiri kukuh sebagaimana kini.
Dina bersama keluarganya turut memasarkan produk mereka di semua peringkat sekolah sehingga ke pasar raya terpilih.
Dalam pada itu, syarikat merangka untuk memasarkan secara berkesan melalui persidangan dan pameran
No comments:
Post a Comment