Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyasarkan hasil tanaman keledek jenis vitato sebanyak 950 tan metrik semusim dari kawasan penanaman seluas 47.5 hektar di negeri ini.
Timbalan Pengarahnya Sawaludin Ahmad berkata peserta projek tanaman vitato yang kini memperoleh hasil purata 17 tan metrik sehektar perlu meningkatkan komitmen agar dapat mencapai 20 tan metrik sehektar pada musim akan datang.
LPP membelanjakan RM1.5 juta bagi membantu petani mengusahakan tanaman vitato dan tembikai di negeri ini melibatkan empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) iaitu PPK Kandis, Repek Telong, Semerak dan Bachok serta diusahakan 47 peserta, katanya.
Bercakap kepada pemberita pada majlis perasmian tuaian hasil tanaman vitato Unit Peladang Kuala Semerak dekat sini Selasa, beliau berkata empat PPK berkenaan bersama sebuah lagi PPK iaitu PPK Pulai Chondong mengendalikan projek tanaman tembikai seluas 38.5 hektar yang membabitkan 43 peserta.
Sawaludin berkata vitato kawasan Kandis, Bachok seluas 13.5 hektar yang selesai dituai kelmarin mencatatkan hasil 222.3 tan metrik. “Kita belum dapat mencatat jumlah sebenar hasil vitato di Kuala Semerak kerana ia belum dituai sepenuhnya, kita berharap ia memberi pulangan lumayan kepada peserta.
“Kita percaya matlamat untuk memperoleh hasil 20 tan metrik sehektar dapat dicapai sekiranya petani meningkatkan usaha mereka,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Bahagian Pengeluaran Ladang Ibu Pejabat LPP, Zaheran Abdul Ghani yang ditemui pada majlis yang sama berkata LPP Terengganu akan membina kilang memproses vitato di Kerandang, Besut yang memberi lebih peluang pasaran kepada petani.
Katanya LPP menerima peruntukan RM1.5 juta untuk membina kilang itu dan menunggu peruntukan RM2.5 juta lagi bagi merealisasikan hasrat membina kilang terbabit.
Bongkah coklat ditukar pendapatan lumayan! Ternyata usaha untuk menambahkan kemahiran membuat coklat melalui kursus yang dilakukan tidak sia-sia. Bermula selepas pengasasnya membuat persiapan untuk mengisi hari persaraan.
Coklat yang dihasilkan hanya suka-suka di rumah akhirnya mengubah rutin
No comments:
Post a Comment