CIMB Bank Bhd. (CIMB Bank) akan menambah bilangan mesin juruwang automatik (ATM) mata wang asing di Malaysia sebanyak 26 lagi menjelang Februari tahun depan.
Ketua Perbankan Runcitnya, Peter England berkata, langkah itu diambil berikutan permintaan yang tinggi, lebih-lebih lagi CIMB Bank merupakan bank pertama di rantau ini menyediakan kemudahan berkenaan.
''Kami mahu memudahkan pelanggan menggunakan perkhidmatan terminal perbankan layan diri. Dengan ATM ini, pelanggan tidak perlu lagi mengeluarkan ringgit dan menukarkannya di kaunter pertukaran wang asing.
''Pada masa ini, kami mempunyai enam mesin ATM tersebut di tiga lokasi termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) dan Menara Bumiputera-Commerce. Kami juga merancang untuk menambah lokasi mesin berkenaan.'' kata beliau.
England berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran mesin ATM mata wang asing itu di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Nazir Razak.
Penawaran kemudahan terbaharu dari CIMB Bank ini dilakukan dengan kerjasama Pertukaran Mata wang Asing Antarabangsa (ICE).
Mesin ATM unik itu, membolehkan pemegang kad ATM CIMB Bank, CIMB Islamic dan kad Kredit CIMB mengeluarkan duit dalam mata wang asing seperti dolar Amerika Syarikat (AS), euro, dolar Australia, Yen Jepun, dolar Hong Kong, baht Thailand, renminbi, China dan rupiah Indonesia.
Pemegang kad ATM dengan Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS) dari bank-bank terpilih juga menikmati kemudahan yang sama.
Setiap satu mesin ATM tersebut dapat mengeluarkan empat mata wang asing yang berlainan.
Tambah England, setakat ini CIMB Bank telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi menyediakan perkhidmatan unik ini.
Katanya, kadar pertukaran yang diberikan mesin tersebut adalah kompetitif. Pengeluaran yang dibuat melalui mesin tersebut adalah percuma manakala bagi perkhidmatan MEPS dikenakan bayaran RM1 bagi setiap transaksi.
''Pelanggan akan diberitahu mengenai kadar tukaran asing harian di setiap mesin sebelum pengeluaran boleh dilakukan,'' jelasnya.
England berkata, buat masa ini, mesin ATM unik itu hanya terdapat di Malaysia dan CIMB Bank merancang untuk meluaskan penggunaannya di Indonesia dan Thailand pada masa hadapan.
''Selain itu, kami juga akan menambah mata wang kepada dolar Singapura bergantung kepada permintaan,'' katanya.CIMB Bank Bhd. (CIMB Bank) akan menambah bilangan mesin juruwang automatik (ATM) mata wang asing di Malaysia sebanyak 26 lagi menjelang Februari tahun depan.

''Selain itu, kami juga akan menambah mata wang kepada dolar Singapura bergantung kepada permintaan,'' katanya.

No comments:
Post a Comment