Pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke Malaysia bagi suku pertama tahun ini mencecah RM5.06 bilion, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau yang menganggap jumlah itu memberangsangkan berkata, dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang, ia jelas menggambarkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Malaysia.
"Angka ini hampir menyamai FDI 2009 berjumlah RM5.66 bilion yang merosot 81 peratus berbanding FDI 2008," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan dewan orang ramai Kampung Bujang, Merbok di sini, Rabu.
Menurutnya, kemerosotan FDI tahun lepas berpunca daripada kelembapan ekonomi yang melanda seluruh dunia.
Jumlah RM5.06 bilion itu, katanya, tidak termasuk pelaburan dalam negara yang dibuat oleh pelabur tempatan dan jika diambil kira jumlahnya lebih besar.
Beliau berkata walaupun terdapat pelbagai pendapat dan andaian pakar ekonomi akan pemulihan ekonomi, Malaysia masih dianggap destinasi selamat dan menarik bagi pelabur hasil usaha bersungguh-sungguh yang dibuat oleh kerajaan.
Namun begitu, Mukhriz yang merupakan anggota Parlimen Jerlun kecewa dengan sikap segelintir pemimpin pembangkang yang memburukkan pemimpin kerajaan di luar negara dengan memberikan fakta tidak betul mengenai keadaan ekonomi dan politik Malaysia.
"Sekarang ini ramai pelabur ingin datang ke sini tetapi gambaran salah mengenai ekonomi Malaysia yang diberikan pemimpin pembangkang membuatkan ada pelabur asing takut dan menangguh sementara untuk melabur di Malaysia," katanya.

No comments:
Post a Comment