Yayasan Halal, yang menyasarkan untuk menyokong pembangunan ekosistem halal global, hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan AsureQuality Ltd dari New Zealand untuk membangunkan keselamatan makanan halal dan perkhidmatan keselamatan bio.
MoU itu juga akan menjadi pemangkin untuk lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam keselamatan makanan dan keselamatan bio, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Bercakap selepas menyaksikan majlis penandatangan itu, Mukhriz berkata kerajaan Malaysia telah mengenalpasti industri itu sebagai teras ekonomi kebangsaan."Hasil penemuan R&D akan menjadi aset harta intelektual berharga yang akan menguntungkan industri ini," katanya.
Yayasan Halal, satu organisasi bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan, juga akan menubuhkan pejabat antarabangsa dengan rakan kongsi di Timur Tengah, Amerika Syarikat, Turki, Rusia, China, Eropah dan negara-negara Asean yang lain.
Sementara itu, AssureQuality adalah syarikat komersil yang dimiliki 100 peratus oleh kerajaan New Zealand dan beroperasi dalam industri dan perkhidmatan makanan dan pertanian Australasia.
No comments:
Post a Comment