Beliau berkata, mereka merupakan perintis bagi program 'Teman 1Azam' iaitu satu program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), bertujuan membantu golongan berkenaan dalam bidang perniagaan.
Kata beliau, melalui jumlah tersebut setiap usahawan wanita terbabit akan menerima peruntukan sebanyak RM5,000 seorang.
''Apa yang kita lakukan ini merupakan bukti bahawa kerajaan tidak pernah sesekali mengabaikan nasib usahawan wanita kerana mereka juga merupakan salah satu komponen terpenting yang menjana pertumbuhan ekonomi negara.
''Kerajaan sedar sumbangan mereka sebagai penjana ekonomi negara cukup besar. Atas sebab itu kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa mencari jalan untuk membantu golongan tersebut,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Simposium Usahawan Wanita 2010 di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Sehubungan itu Muhyiddin berharap geran yang diterima oleh setiap usahawan wanita terbabit digunakan dengan sebaik-baiknya khusus untuk mengembangkan perniagaan.
Dalam ucapannya beliau turut menyentuh mengenai kepentingan menubuhkan satu badan pemantau di bawah kementerian Shahrizat.
Katanya, melalui badan pemantau tersebut, pihak kerajaan boleh melihat lebih dekat setiap kemajuan yang dicapai oleh usahawan wanita selain dapat mengenal pasti setiap masalah yang timbul.
''Saya percaya cadangan ini mampu melihat lebih dekat kemajuan dan masalah yang sering dihadapi oleh golongan usahawan wanita kita. Paling utama kita mampu mencari jalan penyelesaian dengan segera sekiranya timbul sebarang masalah.
''Melalui kaedah ini juga nasib usahawan wanita kita sentiasa terbela terutama jika ia melibatkan soal kewangan, pasaran dan sebagainya,'' katanya.
Beliau dalam pada itu meminta usahawan wanita sentiasa meningkatkan kemahiran serta ilmu supaya mereka mampu bersaing khususnya dalam era ekonomi yang semakin tidak menentu.
''Kerajaan tidak akan mengabaikan mereka tetapi pada masa sama mereka perlu meningkatkan kemahiran dan ilmu masing-masing supaya kelangsungan usahawan wanita dalam bidang perniagaan dapat dipertahankan,'' katanya lagi.
No comments:
Post a Comment