Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan dakwaan amalan sikap pilih kasih di dalam usaha menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) sehingga menyaksikan FDI ke Pulau Pinang berada pada tahap paling rendah untuk enam bulan pertama tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa berusaha untuk menarik FDI ke Malaysia dengan menjalankan misi perdagangan serta meneroka pasaran baru.
"Bagaimanapun, jangan hanya mengharapkan kerajaan Pusat, kerajaan negeri juga perlu proaktif dan menawarkan insentif sendiri dalam menarik FDI ke negeri mereka....kita tidak pernah menganaktirikan Pulau Pinang serta sentiasa cuba menjalinkan kerjasama walaupun ia diperintah pembangkang," katanya selepas melawat Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai penurunan mendadak FDI ke Pulau Pinang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Mustapa berkata FDI untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan pembuatan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berjumlah RM13.2 bilion yang membabitkan 455 projek yang sudah dimuktamadkan.
"Daripada jumlah itu, 270 projek adalah pelaburan baru berjumlah RM7.2 bilion manakala bakinya, adalah untuk projek pembesaran pelaburan dengan sejumlah 39,863 peluang kerja ditawarkan.
"Selangor mencatatkan jumlah projek pelaburan terbesar iaitu RM3.4 bilion diikuti Johor RM2.193 bilion serta Kedah, RM1.7 bilion," katanya.
Beliau berkata Singapura terus menjadi penyumbang terbesar FDI ke Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM2.8 bilion diikuti Jepun RM722 juta dan Switzerland, RM537.8 juta.
Mustapa berkata, jumlah pelaburan domestik pula dalam tempoh yang sama mencatatkan sejumlah RM5.7 bilion dengan industri terbesar adalah berasaskan produk besi.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Mustapa berkata, Kabinet baru-baru ini telah membincangkan cadangan rasionalisasi pemindahan operasi kargo kontena dari Pelabuhan Pasir Gudang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan berpendapat ia tidak perlu dilakukan.

No comments:
Post a Comment