Thursday, August 5, 2010

PKS BANYAK MENYUMBANG KEPADA NEGARA


Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah banyak menyumbang kepada negara dengan menyediakan peluang-peluang kepada rakan sokongan serta para pekerja mereka.

"Kita mempunyai syarikat-syarikat kecil seluruh negara yang menyediakan program-program tanggungjawab sosial korporat yang menyentuh komuniti di mana mereka beroperasi," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di majlis anugerah "The Star's Outstanding Business Awards" 2010 di sini.

"Sebuah ekonomi moral perlu diperkembangkan kepada yang memerlukannya. Sesebuah ekonomi hanya boleh disifatkan sebagai moral jika ia tidak mengenepikan yang miskin, tidak kira siapa mereka, dari mana mereka datang dan sebab-sebab atas nasib malang mereka," kata beliau.

Beliau berkata yang pembangunan industri PKS adalah kisah yang mengagumkan dalam sejarah ekonomi negara.

"Ia adalah sektor yang digerakkan oleh pemilik yang bersumber dan pekerja yang berindustri. Penggerak kukuh untuk kejayaan ini hanya datang daripada seseorang yang berani menyahut cabaran menjadi seorang pemilik perniagaan PKS.

Ahmad Husni berkata penggerak seperti inilah yang ia kagumi.

"Penggerak seperti inilah yang saya percaya, jika diguna pakai di keseluruhan ekonomi kita, akan menjadikan cita-cita kita untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi lebih mudah dicapai," katanya.

No comments:

Post a Comment