Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, nilai jualan 10 bulan pertama telah melebihi nilai jualan tertinggi iaitu RM1.65 bilion yang direkodkan pada 2009, peningkatan sebanyak 18 peratus.
Menurutnya, SP Setia mencatatkan pengukuhan jualan sejak awal dengan sejumlah RM590 juta diperoleh pada suku ketiga dan jualan kumulatif sembilan bulan sebanyak RM1.8 bilion.
Projek-projek kediaman yang menyumbang penjualan SP Setia ialah Setia Alam dan Setia Eco-Park di Shah Alam, SetiaWalk di Pusat Bandar Puchong, Setia Sky Residences, dekat Jalan Tun Razak, Bukit Indah, Setia Indah, Setia Tropika dan Setia Eco Gardens in Johor Bahru, Setia Pearl Island dan Setia Vista di Pulau Pinang.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin berkata, hasil proaktif syarikat itu yang menyasarkan penguasaan pasaran dalam kediaman mewah dan sektor bersepadu komersial serta tumpuan kepada segmen kediaman bertanah telah membuahkan hasil.
''Meskipun semasa keadaan ekonomi tidak menentu, SP Setia meneruskan pelaburan besar dalam memperbaiki keperluan dan infrastruktur bagi semua pembangunannya.
''Ini termasuk pelaburan pasar raya Tesco di Bukit Indah, Johor, pusat komersial Setia City Connect di Setia Tropika dan Setia City Mall di Shah Alam,'' tambahnya.
Jelasnya, pelaburan itu membuktikan janji SP Setia yang akan terus meningkatkan nilai kepada para pembeli kediamannya, tanpa mengira situasi ekonomi.
Hasilnya, kata beliau, hartanah yang dibangunkan oleh syarikat itu telah menyaksikan peningkatan harta ketara.
No comments:
Post a Comment