Saturday, March 12, 2011
ALI TENTANG JCORP JUAL KULIM
Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mendakwa pihak pengurusan JCorp sedang merancang untuk menjual anak syarikatnya, Kulim (M) Bhd. (Kulim).
Menurutnya, penjualan anak syarikat yang paling banyak menjana keuntungan kepada JCorp itu dipercayai untuk melunaskan bebanan hutang syarikat milik kerajaan negeri tersebut yang berjumlah RM3.6 bilion.
Katanya, langkah menjual Kulim kepada pihak lain merupakan tindakan yang merugikan kerana ia merupakan aset utama JCorp dan orang Melayu secara amnya.
"Saya mendapat maklumat ini daripada sumber-sumber boleh dipercayai yang kini berada di dalam JCorp sendiri. Jika perkara ini betul, saya menyeru kepada mereka yang berkenaan agar memikirkan semula cadangan menjual Kulim kerana ia akan merugikan JCorp sendiri.
"Saya juga percaya rancangan tersebut akan mendapat tentangan hebat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang mahu melihat Kulim kekal di bawah JCorp untuk membantu bangsa Melayu," katanya di sini hari ini.
Menurut Muhammad Ali, Kulim kini merupakan salah satu penjana pulangan wang utama kepada JCorp kerana ia merupakan badan induk kepada QSR Brands Bhd., KFC Holdings (M) Bhd. dan turut memegang hak 38,000 hektar ladang sawit di seluruh negara.
"Sebagai bekas Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, saya berhak bersuara memandangkan langkah yang bakal diambil itu hanya akan merugikan JCorp dan juga orang Melayu.
"Saya yang sudah 30 tahun bersama dengan JCorp berasa sedih dan kecewa kerana ada usaha untuk menjual Kulim, saya akan bangkit menentang sekiranya perkara itu benar-benar berlaku," katanya.
Muhammad Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) berkata, beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam hal tersebut sebaliknya ia adalah untuk kepentingan generasi akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju dengan pandangan Tan Sri Muhammad Ali. Menjual Kulim samalah macam menjual JCorp. Tanpa Kulim apa lagi yang tinggal untuk JCorp. Dan akhirnya satu lagi entiti Melayu yang cukup berjaya akan dikuburkan dengan rakusnya sekiranya usaha menjual Kulim ini tidak dihalang. Bersamalah kita menyelamatkan Kulim dan memastikan harta melayu ini dapat dipertahankan dan diperkembangkan untuk kepentingan bangsa Melayu di masa hadapan.
ReplyDeleteKalau bercakap nak menjual kepentingan Melayu kepada orang bukan Melayu, itu dah kes parah. kenapa warga kerja Kulim dan anak syarikat tak bersuara, adakah perkara ini normal bagi mereka, benci sikap Melayu yang pentingkan diri sendiri.
ReplyDeletememanglah orang melayu ni macam ketam. kalau ada orang melayu lain dah berjaya, mesti nak tark ke bawah. Bukankah dalam kulim tu terdiri anak bangsa kita sendiri yang sudah berjaya dan patut kita banggakan mereka. Biarlah kulim terus berjaya, kenapa hendak diganggu-gugat? Sudahlah kita tidak membantu, sekarang kita nak menghancurkannya pula. Pemimpin melayu di johor, apa mereka buat? Takkan nak biarkan perkara ini berlaku..
ReplyDelete