Wednesday, March 23, 2011
Harga bijirin Asia dijangka meningkat
Harga bijirin di Asia dijangka terus meningkat pada pembelian teknikal ekoran kebimbangan penurunan permintaan Jepun dan peningkatan permintaan jagung oleh China.
Para pedagang berkata, China telah membeli beberapa kargo jagung minggu lalu berjumlah lebih daripada 600,000 tan metrik ketika harga merudum.
''Sekurang-kurangnya satu pembeli utama China dikatakan telah membuat pembelian jagung secara aktif bagi penghantaran antara Julai dan Oktober,'' menurut sumber yang mengetahui perkembangan itu.
Khamis lalu, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat melaporkan pengeksport swasta telah memeterai rundingan untuk menjual 116,000 tan jagung bagi penghantaran ke destinasi yang tidak diketahui pada 2010 hingga 2011 dan pedagang berkata, jagung itu kemungkinan dijual kepada pembeli di China.
Seorang sumber berkata, jualan jagung sebenar ke China adalah tinggi tetapi bijirin dijangka dihantar pada tahun depan, yang dijangka mulai 1 September.
Sekiranya China tidak membuat permintaan yang banyak, inventori bagi jagung AS telah mencatatkan penurunan dalam tempoh 15 tahun menjelang akhir Ogos lalu.
Sebarang import oleh China boleh mengurangkan stok dan lebih daripada itu dapat mengimbangi penurunan pembelian oleh Jepun, menurut penganalisis industri yang berpangkalan di Washington.
Jepun adalah pengimport jagung terbesar di dunia manakala AS pula pengeksport terbesar.
China mengimport 1.6 juta tan jagung tahun lalu, pembelian terbesar dalam tempoh beberapa tahun tetapi import berpotensi untuk meningkat berlipat kali ganda pada masa depan. Jagung digunakan secara meluas sebagai makanan haiwan.
Para pedagang berkata, kenaikan harga jagung akan menolak kenaikan harga gandum. Premium gandum untuk jagung pada Chicago Board of Trade (CBOT) jatuh kepada paras terendah dalam tempoh sedekad minggu lalu kepada kurang daripada AS$0.32 sen (RM0.97 sen).
Awal tahun ini, China membeli sekurang-kurangnya 500,000 tan gandum Australia, kira-kira 125,000 tan daripada gandum gred makanan.
Para pedagang menjangkakan kontrak hadapan Mei bagi jagung, gandum dan kacang soya pada CBOT, masing-masing dengan percubaan pada harga AS$7 (RM21.28), AS$7.50 (RM22.80) dan AS$13.80 (RM41.95) bagi setiap busyel (ukuran bagi bijirin) pada minggu ini.
Kontrak bagi dagangan semasa adalah pada sekitar AS$6.89 (RM20.94), AS$7.23 (RM21.97) dan AS$13.66 (RM41.52).
Bagaimanapun, kenaikan harga bijirin dijangka merosot minggu ini ekoran penurunan pembelian fizikal di Asia.
Pembetulan kejatuhan disebabkan oleh pembelian besar merentas utara dan Asia Tenggara dari Korea Selatan ke Indonesia dan Vietnam ke Filipina.
Pembeli di rantau ini telah mendapatkan bekalan lebih daripada 1.1 juta tan bijirin pada minggu lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment