Tuesday, March 1, 2011

Matrade ketuai delegasi pameran di Amsterdam


Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan mengetuai satu delegasi ke pameran perdagangan World of.

"Private Label 2011 yang akan diadakan di Pusat Pemeran RAI Amsterdam dari 24 dan 25 Mei ini.

Pameran World of Private Label adalah pameran perdagangan runcit terkemuka Eropah di mana pembeli dan pengurus pelbagai kategori membeli barangan berjenama persendirian bagi pasar raya dan gedung pakaian di seluruh dunia, bagi kategori makanan dan bukan makanan.

Pada pameran World of Private Label 2010, syarikat Malaysia telah merundingkan untuk membeli barangan bernilai RM1.3 juta, kata Matrade dalam satu kenyataan hari ini.

Pameran World of Private Label adalah acara istimewa, yang dibuka hanya kepada pembeli terkenal yang berminat melakukan penyumberan dan melaksanakan kontrak pengeluaran produk," kata Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Noharuddin Nordin.

Katanya, para pengeluar dan pengeksport Malaysia yang berminat mengembangkan pasaran masing-masing, yang tidak mahu melabur menggunakan kempen pemasaran yang mahal mempromosikan jenama masing-masing, perlu menimbangkan untuk berdaftar dengan Matrade bagi mengambil bahagian di World of Private Label 2011.

Pada acara dua hari itu, syarikat Malaysia boleh berhubung dengan pembeli antarabangsa yang mempunyai kuasa membeli yang besar.

Katanya, Matrade akan mengatur satu pavilion Malaysia bagi para pembekal tempatan yang ingin mengembangkan jenama sendiri di Eropah dan melangkauinya. Perangkaan runcitan menunjukkan produk label persendirian menguasai agihan jualan runcit keseluruhan yang semakin berkembang.

Di Eropah, Switzerland kekal peneraju penguasaan produk persendirian dengan menguasai agihan pasaran 53 peratus, diikuti oleh United Kingdom (47 peratus) Jerman (41 peratus, Perancis (35 peratus) dan Belanda (26 peratus). Agihan pasaran di Sepanyol meningkat lebih 40 peratus bagi pertama kali. - Bernama

No comments:

Post a Comment